BOLEHKAH JIN DITANGKAP DAN DIMASUKKAN KE DALAM BOTOL? BOLEHKAH JIN DIPINDAHKAN ATAU DIBUANG KE TEMPAT-TEMPAT TERTENTU? Seringkali kita mendengar dan melihat segelintir pengamal perubatan Islam menggunakan kaedah menangkap dan memasukkan jin ke dalam botol. Mereka kemudian memaklumkan pesakit bahawa jin sudah dikeluarkan dari badan dan kini berada di dalam botol terbabit.
Ada perawat yang menunjukkan botol tersebut (ada yang mempunyai asap dan ada yang mengandungi imej) kepada pesakit bagi membuktikan jin ada dalam botol itu.
Ada juga perawat yang menggunakan kaedah memindahkan jin dengan membuangnya ke laut atau ke tempat-tempat lain. Untuk makluman semua, kaedah-kaedah tersebut tidak mempunyai asas dalam hukum syarak.
Kaedah-kaedah tersebut adalah bertentangan dengan sunah Rasulullah SAW. Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW ketika baginda mengimamkan solat di Masjid al-Haram, tiba-tiba sahabat melihat Rasulullah SAW sedang mengelak daripada sesuatu dan seperti memegang atau menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak. Selesai solat, para sahabat bertanya Rasulullah SAW tentang perlakuan baginda tersebut.
Rasulullah menjelaskan bahawa ifrit telah datang kepada baginda dengan obor api untuk mengganggu solat baginda, lalu baginda mengelak daripada nyalaan obor api itu dari terkena muka dan telah menangkapnya dengan tangan. Pada ketika itu, baginda berazam mengikat ifrit ini pada salah satu tiang di Masjid al-Haram supaya ifrit itu dilihat dan dimain-mainkan oleh anak-anak.
Tiba-tiba baginda teringat doa Nabi Sulaiman AS yang memohon kepada Allah SWT agar kekuatan yang ada padanya, boleh menawan, menangkap dan mengurung makhluk halus ini tidak diberikan kepada orang lain. Atas sebab ini, Rasulullah SAW melepaskan ifrit tersebut.
Hadis berikut menerangkan perkara di atas :
اعترض لى الشىطان فى مصلاى فاخذت بحلقه فخنقته حتى وجدت برد لسانه على كفي ولولا ما كان من دعوة أخي سليمان لأصبح مربوطا تنظرون إليه
(Maksudnya : “Syaitan telah datang mengganggu solatku, lalu aku pegang lehernya dan mencekiknya hingga dapat aku rasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku.
Jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman AS, nescaya aku ikat syaitan itu untuk tontonan kamu” – Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad ibn Syu’ayb al-Nasa’I (1991), al-Sunan al-Kubra, Kitab السهو, Bab الأخذ بحلق الشيطان و خنقه في الصلاة no. hadith 551. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. j. 1, h. 197)
Dari kejadian di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah menangkap atau menambat jin, bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol, di buang ke mana-mana tempat.
Jika fakta bahawa Nabi Sulaiman AS dan Nabi Muhammad SAW boleh menangkap makhluk halus dikatakan alasan untuk membenarkan kaedah-kaedah tersebut, hujah tersebut adalah tidak betul kerana Nabi Sulaiman AS dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul dan kerana itu mereka mempunyai kelebihan; sedangkan perawat hanyalah manusia biasa.
Tidak terdapat juga amalan para sahabat atau tabiin yang menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol. Malah, jin merupakan makhluk halus dan tidak mempunyai bentuk fizikal. Bagaimana mungkin sesuatu yang berbentuk bukan fizikal hendak dimasukkan ke dalam sesuatu yang berbentuk fizikal seperti botol?
Perkara yang digalakkan adalah beriktiar untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dengan membaca ayat-ayat al-Quran. Dengan membaca ayat-ayat al-Quran, makhluk halus akan menjauhkan dirinya atau mengeluarkan dirinya daripada badan manusia.
(Dipetik dan diolah dari buku Menjawap Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, (2009) m.s. 42-45.)
Jaminan Wang Dikembalikan Jika Penyakit Tidak Sembuh, Masalah Tidak Selesai Dan Jika Tidak Memuaskan
Tuesday, 31 July 2018
SEMBELIH,TANGKAP JIN DIMASUKAN KEDALAM BOTOL, PENIPUAN USTAZ TAK USTAZ,TUKANG TILIK KONONYA SCAN,LEBIH TERUK DARI BOMOH,LEBIH MENIPU DARI SETAN,AGAMA DIPERALAT UNTUK KEPENTINGGAN........Ramai terinaya tertipu tak sadar kena tipu,kerana terlalu yakin mana mungkin ustaz menipu,...........Ramai tahu tapi pura2 buat2 tak tahu,kerana nak jaga maruah Aib,ustaz,dari maruah agama,Lebih takut pada ustaz dari Allah swt,.............Jika tahu tak mencegah berarti redha,bersubahat,menanggung dosa sama saperti orang yang buat dosa,..............Orang yang tak mahu terima keberan sombong tak bau syurga,..................Kerana Allah,berkata pekara yang benar,Sedia mengaku salah jika terbukti saya bersalah,Jika saya buat fitnah kerana jeles,hasat dengki,Phd,silalah buat aduan pada pihak yang berkuasa,supaya ambil tindakan terhadap saya,,saya juga tak lari dari buat kesilapan ..................... .......... Jin tentu terhibur geli hati,kerana dia telah berjaya memperalat ustaz untuk jadi rakan seperjuangganya,sama2 buat kerja menipu, ...................... BODOH sangat kah jin dalam badan pesakit,Sebelum sampai giliranya dia ada melihat mendegar kawan2 JIN nya,Menjerit Terpekik Terlolong didembelih olih ustaz,............................................... BODOH sangat kah jin dalam badan pesakit,Masih nak Tunggu juga nak Serah Diri Untuk ditakap, diSembelih,dimasukan kedalam botol,olih Ustaz,.........Sepatut nya keluar lah dulu dari Dalam badan pesakit ,setelah pesakit keluar dari tempat Rawatan Ustaz,masuk lah semula kedalam badan pesakit tempat dia bersrang, ............. Ramai Perawat termasuh ustaz bertauliah,tak tahu nak beza kan pesakit diganggu JIN atau NAK PERHATIAN Atau tekanan Perasaan Terbawa2 kerana terlalu takut apabila Ustaz mengesah kan banyak jin Bersarang dalam badan,..........Asal mintak dirawat di kata banyak jin bersarang dalam badan pesakit dah tentu pesakit percaya bulat mana mungkin Ustaz menipu,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment